Our Achievement

No.VideoDescription
1 NOU - DI ANTARA PSP (POLITEKNIK SEBERANG PERAI) DAN HUAWEI, JPP (JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK) DAN AMTIS SOLUTION.

Alhamdulilah, pada 25/03/2015 AMTIS Solution Sdn Bhd telah dijemput untuk terlibat dalam program Politeknik Malaysia Technology & Creative Discovery (TechCreavery) yang diadakan di Politeknik Seberang Perai. Pada program tersebut AMTIS Solution diminta untuk menyampaikan ceramah pembangunan kerjaya dengan tajuk “ ICT & Creative Industries” yang telah disampaikan oleh En Shafiq Bin Rosli.

Pihak AMTIS Solution Sdn. Bhd. merakam setinggi tinggi penghargaan Jabatan Pengajian Politeknik kerana diberi kepercayaan untuk mengadakan NOU (Notes Of Understanding) bersama dengan pihak AMTIS Solution Sdn. Bhd. Pada majlis tersebut juga berlangsungnya NOU antara pihak PSP dan HUAWEI Technologies.

Antara penaja yang turut menjayakan program tersebut adalah MDEC, iM4U, CISCO, TeraLogic Solutions Sdn Bhd, HUAWEI, ORACLE Academy dan LinkedIn. Semoga program dan usahasama yang terjalin dapat memberi manfaat kepada seluruh warga politeknik.

KREDIT | RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)
2

Click picture to view larger

HAB ICT WILAYAH UTARA

Pembukaan makmal baharu bantu PSP lahirkan tenaga mahir teknologi maklumat dan komunikasi. Pengarah Politeknik Seberang Perai (PSP), en. Zulkifli Ariffin berkata, pihaknya berasa bertuah apabila HUAWEI ingin berkolaborasi dengan PSP bagi menjadikan institusi itu sebagai hab ICT di Wilayah Utara.

"Disamping itu, jalinan kerjasama ini juga membantu PSP melahirkan golongan tenaga mahir dalam bidang ICT seperti yang dihasratkan negara.” Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara PSP dengan HUAWEI Technologies yang diwakili Pengarah Kanan Bahagian Perakaunannya, Kevin Wong Soon Nang.

Dalam pada itu, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) diwakili oleh Pengarah Kanan Akademiknya en. Azizi Lin, dan AMTIS Solution Sdn Bhd pula diwakili oleh en. Syed Mohd Firdaus Syed Abidin, turut menandatangani NoU bagi meningkatkan kesedaran mengenai teknologi canggih ICT yang sentiasa berubah.

Menurut en Azizi Lin, NoU yang ditandatangani mencakupi penyediaan peluang pekerjaan dan latihan industri kepada pelajar terutama dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV).

KREDIT | BERITA HARIAN | SELASA 7 APRIL 2015

Certificates


profile training support support
We are IT professionals and we work closely in a dedicated team to achieve the highest level of work competency and efficiency.
Our primary mission is to develop, design, service and conduct training in information technology, that fully satisfies the need of the clients.
 
© 2017 - All rights reserved. AMTIS Solution Sdn. Bhd
Connect With Us!